Wednesday, February 6, 2013

Jawapan teka teki

assalamualaikum, hello & hi!

hurm

bad news, good news jugak

actually satu berita shj

org yg ak suka selama 11 tahun

sudah menjadi tunangan org lain...

mmm....

ms tahu aku gelak2...

dpn org ak gelak2....act like normal...gi kerja macam biasa,makan mcm biasa, bergurau senda mcm biasa,tgk citer korea mcm biasa,kemas uma mcm biasa...

tapi....tapi...

aku sedih sebenarnya

air mata bergenang tapi tak mengalir sbb aku tahan
hati terasa pedih sangat
nak luahkan tak terluah
aku nk tunjuk kat org lain yg aku kuat
yg kononnya aku tak berapa kisah
yg kononnya aku rasional
yg kononnya aku redha,pasrah

tapi

hakikatnya aku kecewa
sedih
patah hati

the positive part,
aku dah boleh tgk org sekeliling,bagi peluang pada org lain

tapi

nk recover bkn senang
walaupun bukan mustahil

aku tak sempat meluahkan pun
tak sempat nak mulakan pun
da berakhir
aku ingat nak tunggu dia smpai dia rasa tenang sbb aku faham dia tgh sibuk utk masa depan dia
rupa-rupanya, dia dgn dia
kalau macam tu kenapa setiap kali aku tanya mesti menafikan! ad sesuatu cakap je la ad sesuatu
tak perlu main2kan aku dengan kata-kata itu
kononnya utamakan aku lps maknya,ayahnya,neneknya'
kononnya ambil berat dengan menalefon setiap kali aku down seolah2 tahu keadaan waktu mcm ad six sense
kononnya ambil berat dgn tidak pernah miss wish birthday
kononnya baik berusaha carik hadiah utk aku

pedih hati ni....
tapi apa pun benda dah berlaku
aku masih dalam keadaan terkejut lagi

baru aku faham benar2 mksd berat mata memandang berat lagi bahu yg memikulnya
mmg org tgk biasa je tapi..aku yg merasai sakitnya perasaan ini
tpaksa berpura-pura gembira
terpaksa tahan air mata
terpaksa tahan rasa marah

sesungguhnya aku takde pengalaman dalam bab-bab ini semua
pelik? ya tapi benar


(permulaan Novel Setelah Teka Teki)

Sunday, September 9, 2012

Isi 9

Salam alaik, hi, annyeong hasseyo!

babah kata,
"angah, find a piece of yours that is missing rt now"
ak speechless.
huhuhu

ak fhm mksd babah
terus rasa sebak
tharu
sedih
T.T

lately byk giler barang ak ilang
cincin
jam tangan
tumbler merah
pen kesayangan
kunci rumah

cincin & tumbler merah da jumpa
jam tangan, kunci rumah ngan pen kesayangan masih lg ilang
tapi kunci rumah da wat duplicate
huhu

bkn je ilang barang
tapi sesat jalan, tercicir barang, lupa itu ini, langgar benda
brg bsepah,berterabur, tak tersusun, datang lambat
bukan diri ak bperangai begini
ak pun tak faham kenapa

a piece of me is missing?
which piece?
how is it missing?
why missing?
what cause it missing?

na molla seo
yg ak tahu
lately ak mcm depress sikit
tak tahu sgt knapa
.
..
....
................

ntah
kena carik balik a piece of me yg ilang
hurm~






ツ Babak Cinta - Tengku Adil + Lirik

Saturday, July 14, 2012

Isi 8

salam alaik,hello and annyeong hasseyo!

currently,soal JODOH, KAHWIN, selalu menjadi topik perbualan di kalangan teman2 rapat & family.

ini sedikit sebanyak cukup2 merisaukan diri aku yang sememangnya masih sendiri di saat ini.

ramai rakan rapat berkata,aku tidak appreciate mereka yang berada di smping aku kerana di mataku hanya nampak dia,dia,dia,dia dan dia

ya,aku akui,aku hanya suka dia sahaja

insan itu,sahaja sejak dulu hingga kini

walaupun dia berkemungkinan besar menyukai orang lain, family sudah merestui hubungan mereka
namun aku masih berdegil dan tidak mahu berputus asa

selagi dia belum mempunyai apa-apa ikatan yang sah dengan perempuan itu, selagi itu aku tak akan berputus asa dan tidak akan berhenti menyayangi dia

ianya memang hanya cinta di sebelah pihak (omg,cinta? since when ak mjadi bgitu direct?huhuhu)

right now, i cant think straight at all. 

asyik bermalasan n seperti tiada inspiration langsung

dia dan aku sudah hampir 5 bulan langsung tidak berhubung

sememangnya hati aku sangat sakit

di facebook pun dia tidak pernah meng like atau comment apa-apa

tapi dia sangat aktif dengan rakan lain

adakah dia dengan sengaja mengelak daripada aku?

ya,i'm a bit sensitive about this lately.

dia online chat,but never try to make any communication with me

that shows that iam really nobody for him

sad,sad,sad

there are 3 guys that might have some sort of feelings towards me

but i dont really have anything to give back to any one of them

i just treat them as colleagues, and a big brother who listens to my complaints really well

some of them even gave me lots of hints like asking permission from me to 'kidnap' me from my parents or even treating me lunch,dinner,snacks,doing favors for me...

i just kept on acting naive,acting as if i dont understand their intention at all

is my behavior rt now is what he has been done to me...T.T

iam so CONFUSED









Thursday, May 17, 2012

Nam Gyuri (남규리) - 그 남자 (That Man) [ENGLISH SUB]

food(?) kekeke

salam alaik,hello,hai3~!

hehehe
ok,actually tetibe rasa nk mbebel pasal makanan & minuman...
y? sbb ak rasa ak BANYAK memboroskan diri membeli mknn yg mlebihi keperluan....

1. Makanan

\(^.^) fav ak!!!
msuk je Baker's Cottage, msti ad plastik kat tgn pnuh dgn pelbagai pastries....fav, vanilla choc danish & egg tart....

Roti Boy aku suke yg ori ituhhh...tak pon yg ad filling choc cair tu pon sdap...tp tak hengat la ap nm dia....slalu mmg tak akan miss beli kalau lalau kat Roti Boy Subang Parade tuh..hahaha

nmpk je Aunty Anne tgoda2 & biasa ak thn nfsu as for me it is a bit expensive la T.T (dlm 3.8 satu)...but then,kadang2,ak tak bjaya kawal & msti ad da kat tgn da...= ='

lagiiii??? Beard Creampuff...ohhhhh....filling dia yg sgt enak mmg sangat2 mnguji kesabaranku..(eceh3..over,ok...haha) ak plg suke la vanilla filling...sdapppp!!! tp mahal sket...dlm 4.0 satu...2 kali je kot ak beli..haha

TAKO! oho~ ni mmg ak mcm tak pnah miss beli...pehhh,,,tempting & tliur2..sangat worth waiting okeh...=D tapi,aku suka Tako Tao je ok...brand lain kurengggg sdap la...(sori,huhu..tp jujur nih...) ak suke unagi & octopus....tp lately,unagi MAHAL...jd, nk jimat,beli octopus suda~~~~

Dominoes??? Oh....giler best....ak suke pizza bbq yg new york crust....& ak cam ketagih ngan cinnamon stix dia...haha...tp da lama tak beli (lama ke? hahaha) ad sape2 nk blnje? sila la call aku..haha

waffle....ICE CREAM WAFFLE! ak gemar yg kat KLCC nyer...sgt crispy & sdappppp! thumbs up! =D
a&w P0NNNN sdappppppp.....err..tliur! haha

Big Apple..my fav would be Alien!!!!ohhh..da lama tak beli sbb lately ak discover ia SANGAT manis....so,jarang gak r makan...last skali makan masa ikut awon gi date ngan fk dia.....teheeee~

nasi lemak, roti telur, apam balik...ni antara mknn yg ak slalu beli gak la..kekeke

BANYAKKKKK lagi makanan yg ak beli & slalu memboroskn diri utknya...cam seaweed ke, aiskrim ke, gule2, coklat, & etc la...tu tak cmpur lg hari2 kua duet 4 lunch....= =' hantu makanan kan..errr...

2. Minuman

Cool Blog & Each-a-Cup agak glemer kan skang?

adek ak 2 or tu HANTU bnda alah ni,hahaha...memule ak tak amek port sgt as ak tak suke benda bulat2 tu aka pearl...tapi upenye leh kalau taknk pearl tu...

makanya, biasanya ak bli je tuk adek2 ak tp tak rasa pon...tapi ntah knp di suatu hari, ak pon cube la skali beli tuk diri sndrik (ms tu kat mines follow org dating,kekeke) choc milk tea coolblog,1.8....ohhhh~ sdap okeh! hahaha...

then,ak p0n ketagih la skali....teheeeee......disebabkn kat care4 bdktn tkde coolblog & ad each-a-cup,blasah gak la...sdap gak,tp MAHAL sket & ak rasa coolblog lagi sdap (plus murah) ...hohoho...

coffee kat Rotiboy @ air coklat dia DAEBAK! siyes.......^^

coffee kat big apple pon....teheeee

strawberry tea....slurpppppppp

oh ya, slurpyyyy kat 7E pon ak slalu beli...omo3


okeh tu je kot...tu la duet ak tak pnah nk ad dhujung bulan...T^T

WASSALAM....






Sunday, April 15, 2012

~mungkin bukan dia 3~

Danial Irfan baru sahaja tiba di KLIA. Setelah hampir 6 tahun dia di perantauan,inilah kali pertama dia menjejakkan kakinya ke Malaysia semula. Hampir setiap tahun dia berhijrah dari satu ke negara ke negara lain. Membawa diri kononnya. Satu keluhan dilepaskan. Kali ini,dia mempunyai satu misi penting untuk dilaksanakan. Misi mencari jawapan dan kepastian bagi persoalan-persoalan yang menyebabkan dia membawa diri ke luar negara. Dia pasti mama dan papanya berasa bingung dengan tindakannya itu.

"Irfan!!!" Datin Anisa memeluk anak lelaki bongsunya itu dengan erat. Sungguh dia merindui anaknya yang seorang ini. Irfan tidak pernah sekali pun pulang ke Malaysia sepanjang tempoh 6 tahun ini. Sekadar menghantar email dan sebulan sekali menelefon untuk memberi khabar berita. Kalau lah jantungnya masih cukup kuat untuk naik kapal terbang, sudah lama dia akan datang melawat Irfan.

Dato Murad sekadar melihat sahaja perlakuan isterinya itu. Sampai sekarang dia dan isterinya mahupun anak-anaknya yang lain tidak tahu sebab Irfan membawa diri sehingga 6 tahun ke negara orang itu. Irfan ini cukup perahsia orangnya.

......

"Ayla!!! We're done! done! apa nak jadi pun jadi lah! Dan da fed up dengan Ayla tau! cukup-cukuplah tu sakitkan hati Dan!"

Ayla terpempan dengan tindakan Danial itu. Apa sebenarnya yang berlaku ni?

"Dan,apa yang berlaku? Ayla tak faham..Kenapa Dan?" Ayla bertanya lembut. Dia perlu bijak mengawal emosinya.

"Sudahlah! Orang macam kau ni, bersepah kat jalan tau~! Tak payah nak berpura-pura naif la sangat...." Danial menghentak meja kayu di gazebo itu.

Amirul yang sejak dari tadi menjadi pemerhati dari jauh segera mendapatkan mereka berdua. .."Hei, Dan! Cakap baik-baik la bro~ Aku kenal adik aku...Cuba kau explain baik-baik dari emo macam ni..."

"Eh,dahla...tak payah pura-pura lagi...Aku,kau,semua memori kita,anggap je macam sampah...and all these sampah,aku pulangkan!" satu kotak berisi barang-barang pemberian Ayla kepada Danial dicampakkan ke bawah. Selepas itu Danial berlalu pergi. Amirul mula mengutip barang-barang yang bersepah itu. Ayla masih lagi terpaku melihat Amirul.

......

Kek Strawberry, teh strawberry, waffle jam strawberry, yogurt strawberry, sampaikan sabun mandi,shampoo,perfume dan ubat gigi pun perisa strawberry... Amirul menggeleng-gelengkan kepalanya sahaja. Kehendak isterinya yang sedang hamil anak sulung mereka itu sedaya upaya cuba dipenuhinya. Ayla turut menjadi mangsa secara tak langsung kerana Mia,isterinya hanya boleh menelan makanan-makanan yang dimasak oleh Ayla. Sudah hampir 8 bulan Ayla jadi tukang masak sepenuh masa untuk Mia. Rumahnya secara tak langsung juga menjadi rumah Ayla. Mula-mula ingatkan sekejap sahajalah Mia mengidam masakan Ayla. Sungguh dia tidak sangka yang sampai sekarang Mia hanya masih boleh menelan makanan yang dimasak Ayla.

"Abang buat apa tu?" tegur Mia yang sedang mengah berjalan menuju ke arah katil.

Amirul mendapatkan isterinya. Risau juga dia melihat Mia. Kata doktor, Mia mengandungkan twin dua-dua lelaki setelah mereka scan pada bulan lepas. Sebab itu perut Mia luar biasa besarnya.