"Irfan!!!" Datin Anisa memeluk anak lelaki bongsunya itu dengan erat. Sungguh dia merindui anaknya yang seorang ini. Irfan tidak pernah sekali pun pulang ke Malaysia sepanjang tempoh 6 tahun ini. Sekadar menghantar email dan sebulan sekali menelefon untuk memberi khabar berita. Kalau lah jantungnya masih cukup kuat untuk naik kapal terbang, sudah lama dia akan datang melawat Irfan.
Dato Murad sekadar melihat sahaja perlakuan isterinya itu. Sampai sekarang dia dan isterinya mahupun anak-anaknya yang lain tidak tahu sebab Irfan membawa diri sehingga 6 tahun ke negara orang itu. Irfan ini cukup perahsia orangnya.
......
"Ayla!!! We're done! done! apa nak jadi pun jadi lah! Dan da fed up dengan Ayla tau! cukup-cukuplah tu sakitkan hati Dan!"
Ayla terpempan dengan tindakan Danial itu. Apa sebenarnya yang berlaku ni?
"Dan,apa yang berlaku? Ayla tak faham..Kenapa Dan?" Ayla bertanya lembut. Dia perlu bijak mengawal emosinya.
"Sudahlah! Orang macam kau ni, bersepah kat jalan tau~! Tak payah nak berpura-pura naif la sangat...." Danial menghentak meja kayu di gazebo itu.
Amirul yang sejak dari tadi menjadi pemerhati dari jauh segera mendapatkan mereka berdua. .."Hei, Dan! Cakap baik-baik la bro~ Aku kenal adik aku...Cuba kau explain baik-baik dari emo macam ni..."
"Eh,dahla...tak payah pura-pura lagi...Aku,kau,semua memori kita,anggap je macam sampah...and all these sampah,aku pulangkan!" satu kotak berisi barang-barang pemberian Ayla kepada Danial dicampakkan ke bawah. Selepas itu Danial berlalu pergi. Amirul mula mengutip barang-barang yang bersepah itu. Ayla masih lagi terpaku melihat Amirul.
......
Kek Strawberry, teh strawberry, waffle jam strawberry, yogurt strawberry, sampaikan sabun mandi,shampoo,perfume dan ubat gigi pun perisa strawberry... Amirul menggeleng-gelengkan kepalanya sahaja. Kehendak isterinya yang sedang hamil anak sulung mereka itu sedaya upaya cuba dipenuhinya. Ayla turut menjadi mangsa secara tak langsung kerana Mia,isterinya hanya boleh menelan makanan-makanan yang dimasak oleh Ayla. Sudah hampir 8 bulan Ayla jadi tukang masak sepenuh masa untuk Mia. Rumahnya secara tak langsung juga menjadi rumah Ayla. Mula-mula ingatkan sekejap sahajalah Mia mengidam masakan Ayla. Sungguh dia tidak sangka yang sampai sekarang Mia hanya masih boleh menelan makanan yang dimasak Ayla.
"Abang buat apa tu?" tegur Mia yang sedang mengah berjalan menuju ke arah katil.
Amirul mendapatkan isterinya. Risau juga dia melihat Mia. Kata doktor, Mia mengandungkan twin dua-dua lelaki setelah mereka scan pada bulan lepas. Sebab itu perut Mia luar biasa besarnya.