Tuesday, November 8, 2011

~mungkin bukan dia 1~

Ayla Maisarah merenung jam tangan hasil pemberian Uwais yang diletakkan di atas meja belajar. Patutkah dia menerima pemberian itu atau perlukah dia memulangkan kembali jam tangan ini?
Kotak baldu itu ditutup dan dimasukkan semula kedalam beg kertas dengan cermat. Dia telah membuat keputusan untuk memulangkan pemberian dari Uwais ini dengan apa cara sekalipun. Uwais bukan siapa-siapa di hatinya. Dia tidak mahu dengan penerimaan hadiah ini membawa maksud harapan kepada lelaki itu. Mengapa dia tidak mahu wujudnya harapan bagi lelaki bernama Uwais itu? Uwais seorang lelaki yang baik dari segi rupa ditambahkan pula dengan bonus lain seperti berbudi bahasa, berkerjaya, latar belakang keluarga yang baik, penyabar dan yang paling utama, menyintainya dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan. Namun, di sudut hati gadis kecil bernama Ayla ini telah pun dihadiri oleh insan lain.

"Apa?!!!" Amirul terkejut mendengar keputusan Ayla untuk memulangkan hadiah pemberian Uwais itu. "Tolongla Ayla pulangkan pada Uwais ya, Mirul...please~" Ayla sedaya upaya cuba untuk memujuk Amirul untuk membantunya memulangkan jam tangan itu kepada Uwais. Dia tiada keberanian untuk bersemuka dengan Uwais. "Kau tahu tak Uwais tu bff ak? Takkan aku nak cakap dengan dia, 'Uwais,nah amik balik hadiah kau nih....adik aku pulangkan & ni tanda dia reject kau mentah2..'??? Aku tak sampai hati la...Dia ikhlas...Bukannya dia paksa kau terima dia kan? Just hadiah bithday jer...terima jer la" pujuk Amirul pula. "Tapi..." Ayla cuba untuk membantah namun semuanya sia-sia kerana Amirul sudah pun keluar meninggalkannya seorang diri di dalam bilik.

Amirul melihat sekeping gambar yang tertampal pada dinding di biliknya. Gambar 3 orang budak lelaki dan 2 orang budak perempuan berada di tepi tasik dengan senyuman lebar terukir di bibir masing-masing sambil tangan menunjukkan ke arah hamper besar yang berada di tengah-tengah. Gambar itu menyimpan sejuta kenangan. Adakah Ayla masih tidak dapat melupakan insan itu? Adakah Uwais sememangnya tidak akan langsung mempunyai harapan untuk mendiami hati Ayla? Adakah insan yang telah bertapak di hati Ayla itu masih mempunyai Ayla di hatinya? Secara jujurnya dia mahu Ayla belajar membuka pintu hatinya untuk insan lain dan bukan hanya membuta tuli setia menunggu sesuatu yang tidak pasti. Namun, hati dan perasaan manusia bukannya boleh dikawal sesuka hati, bukannya mempunyai remote control untuk memandu arah.

No comments:

Post a Comment