"Assalamualaikum"
Suara lembut yang menyapa gegendang telinga Uwais membuatkannya berasa lega. Segera dialihkan pandangannya dari tingkap ke arah empunya suara itu.
"Waalaikumussalam"
Ayla yang sudah pun duduk dihadapan Uwais itu kelihatan sedang melihat buku menu yang berada di atas meja.
"Nak order dah ke Ayla..? Ke,Ayla nak makan tempat lain? Uwais ikut jer.."
Sambil bertanya,mata Uwais melilau ke arah tangan milik Ayla. Cuba mencari jam tangan pemberiannya.
"Makan sini jer la senang. Tengah hujan. Nak gerak macam susah. Ayla nak makan ni.."
Jawab Ayla tenang sambil menunjukkan ke arah menu set makanan pilihannya menggunakan tangan kanannya yang dari tadi tersembunyi di sebalik buku menu.
Ada! Uwais tersenyum gembira sendirian. Terasa dirinya dihargai melihat jam tangan pemberiannya digunakan oleh Ayla.
.............................................................................................................................
"Haritu kau kata,kau nk pulangkan hadiah yg Uwais bagi. Tapi tadi, beria Uwais beritahu aku yg kau pakai jam yang dia bagi. Maksudnya,kau dah lupakan dia ke?"direct shj Amirul bertanya pada adik kesayangannya ini. Walaupun dia gembira bagi pihak kawan baiknya itu, namun hatinya tetap bimbang jika adiknya itu terlalu memaksa diri.
Tangan Ayla yang sedang sibuk menghias kek tadi terhenti seketika. "Ayla nak bagi dia peluang. Lagipun, Ayla da penat nak tunggu. Dia tak pernah contact Ayla atau kirimkan maklumat terkini pasal dia pada Ayla. Lagipun, mama suruh Ayla lupakan dia. Ayla tengah cuba la ni. Plus,bukan ke Mirul suruh Ayla bagi peluang pada Uwais?"
Amirul melepaskan keluhan kecil. Ini kali pertama Ayla bersungut tentang Danial Irfan yang secara tiba-tiba menghilangkan diri sejak 6 tahun yang lalu. Sebelum ini, Ayla hanya mendiamkan diri dan hanya memegang kepercayaan bahawa Danial Irfan pasti mempunyai kesulitannya sendiri dan sama sekali Ayla tidak merungut mengenai tindakan Danial Irfan itu. Adakah ini petanda positif bagi Uwais atau Ayla hanya menganggap Uwais sebagai cara untuk melupakan Danial? Dia menyayangi Uwais,sahabat akrabnya sejak dari kecil itu. Dia juga menyayangi Ayla,adik perempuan tunggalnya itu. Hatinya berbelah bagi namun dalam diam,dia hanya mampu berdoa yang terbaik buat mereka berdua.
"Apesal senyap?" tanya Ayla apabila tiada respon dari abangnya itu.
"Aku tengah tengok kek kau ni. Terfikir pulak tiba2 kek ni untuk siapa?" dalih Amirul.
Ayla menggaru2 kepalanya yang tidak gatal. Tukar topik pulak~~~
"Kek ni untuk akak Mia. Kan ke akak Mia kata dia mengidam nak makan kek strawberry yang Ayla buat. Ni yang Ayla dok buat. Ni la pasalnya Ayla panggil Mirul ni..."
No comments:
Post a Comment